Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Jips Hadir Sesi Taklimat Arahan Perdana Menteri No 1 Tahun 2023

Diterbitkan: 23 Jan 2024 9.29 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Putrajaya, 23 Januari 2024 - Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato’ Sri Azri Ahmad menghadiri Sesi Taklimat Arahan Perdana Menteri No. 1 Tahun 2023: Gerakan Pemantapan Tatakelola Nasional yang diadakan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jips-hadir-sesi-taklimat-arahan-perdana-menteri-no-1-tahun-2023
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:33 MYT
Putrajaya, 23 Januari 2024 - Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato’ Sri Azri Ahmad menghadiri Sesi Taklimat Arahan Perdana Menteri No. 1 Tahun 2023: Gerakan Pemantapan Tatakelola Nasional yang diadakan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini semalam.

Taklimat anjuran Bahagian Perancangan Governans Nasional (BPGN) itu bertujuan memberi penerangan lebih jelas dalam memperkemas dan memperkukuhkan usaha pemantapan tatakelola dalam sistem pengurusan pentadbiran Kerajaan melalui penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang menggantikan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR).

Pengarah BPGN, Datuk Abd Aziz Aban merangkap Setiausaha dan Ahli JKKTN berkata, JKKTN merupakan platform yang diperkemas bagi memastikan tindakan segera, berfokus dan lebih berkesan dalam menangani isu-isu kelemahan tatakelola yang boleh menyebabkan ketirisan wang awam, salah guna kuasa serta penyelewengan.

Hadir sama, wakil-wakil kementerian dan agensi sektor awam.

Sumber: SPRM

May be an image of 10 people, dais and text

May be an image of 1 person and text

May be an image of 2 people, crowd and text

May be an image of dais

May be an image of 10 people, dais and text

May be an image of 1 person and text
ArtikelDiterbitkan 23 Jan 2024 9.29 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM