
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jips Hadir Ke Majlis Penutupan Persidangan Integriti Kebangsaan 2023
POSTING PILIHAN: PENGARAH JIPS HADIR KE MAJLIS PENUTUPAN PERSIDANGAN INTEGRITI KEBANGSAAN 2023
Kuching, 16 September 2023 - Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato' Sri Azri Ahmad hadir ke Majlis Penutupan Persidangan Integriti Kebangsaan 2023 di Pusat Konvensyen Borneo, di sini, semalam.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Datuk Dr. Juanda Jaya.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia, Datuk Nor Yahati Awang, Pengarah Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak, Jabatan Premier Sarawak, Encik Semawi Hj. Mohamad dan Timbalan Pengarah (Pengurusan) Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), Tuan Zuhairie Abu Bakar.