
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jips Adakan Lawatan Kerja Ke Pulapol Kuching
Lawatan kerja tersebut adalah bersempena Pemeriksaan Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) A117 yang diadakan di Kontinjen Sarawak.
Kuching, 8 September 2024 - Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato' Sri Azri Ahmad telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching, di sini, pada Khamis lalu.
Lawatan kerja tersebut adalah bersempena Pemeriksaan Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) A117 yang diadakan di Kontinjen Sarawak.
Hadir sama, Timbalan Pengarah (Integriti) JIPS Bukit Aman, DCP Thaipul Bahri Mokhtar, Ketua JIPS Kontinjen Sarawak, ACP Roselina Daud, Timbalan Komandan (Latihan), PULAPOL Kuching, Superintenden Ernest John dan Timbalan Komandan (Urus Tadbir/Kepolisan Am) PULAPOL Kuching, DSP Norlaily Md Akhir.
Sumber: Pulapol Kuching Official















