Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Jips Adakan Lawatan Kerja Ke Kontinjen Kedah

Published: 30 May 2025 2.44 AM Updated: 15 Aug 2026 7.59 PM
Alor Setar, 30 Mei 2025 – Pengarah Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato’ Sri Azri Ahmad telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jips-adakan-lawatan-kerja-ke-kontinjen-kedah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:06 MYT
Alor Setar, 30 Mei 2025 – Pengarah Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato’ Sri Azri Ahmad telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini semalam.

Lawatan itu bersempena perjumpaan dan penyampaian amanat kepada seluruh warga jabatan. Dalam majlis tersebut, beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada 133 penerima yang menunjukkan mutu kerja serta tahap integriti yang tinggi dalam usaha memperkukuh kecemerlangan jabatan.

Terdahulu, Dato’ Sri Azri mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis Kedah, CP Dato’ Fisol Salleh dan seterusnya mempengerusikan taklimat berkaitan pematuhan kawal selia Sistem Kawalan Disiplin dan Dadah Kontinjen Kedah di Bilik Mesyuarat Utama, IPK Kedah.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Kedah, DCP Adzli Abu Shah, Ketua Penolong Pengarah (KPP) (Pematuhan) JIPS Bukit Aman, SAC Ahmad Shukri Mat Akhir dan KPP (Risikan/Operasi) JIPS Bukit Aman, SAC Muhamad Tarmizi Awang.
Sumber: Polis Kedah

ArticlePublished 30 May 2025 2.44 AMUpdated 15 Aug 2026 7.59 PM