
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jips Adakan Lawatan Kerja Di Ipd Raub
Raub, 25 Februari 2025 - Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato’ Sri Azri Ahmad mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Daerah...
Raub, 25 Februari 2025 - Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato’ Sri Azri Ahmad mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub, di sini semalam.
Lawatan tersebut adalah bersempena Taklimat Hasil Pemeriksaan Pematuhan Kawal Selia dan Audit Kewangan bagi Kontinjen Pahang yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah (KPP) (Pematuhan) JIPS Bukit Aman, SAC Ahmad Shukri Mat Akhir.
Hadir sama, Ketua Polis (KP) Pahang, CP Dato' Sri Yahaya Othman, Pemangku Timbalan KP negeri, SAC Dato' Mohd Yusri Othman, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Pahang, SAC Dato’ Mohamad Noor Yusoff Ali, KPP Risikan/Operasi JIPS Bukit Aman, SAC Saifullizan Ishak, KPP Siasatan/Perundangan/Kajian Kes JIPS Bukit Aman, SAC Arifai Tarawe dan barisan Ketua Polis Daerah.
Sumber: Polis Daerah Raub