
Article
Posting Pilihan Pengarah Jips Adakan Kunjungan Hormat Ke Ipk Pulau Pinang
Georgetown, 14 September 2021 - Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato' Azri Ahmad mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Polis...
Georgetown, 14 September 2021 - Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato' Azri Ahmad mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini, semalam.
Kunjungan beliau telah disambut oleh ketua polis negeri, CP Dato’ Mohd Suhaily Mohd Zain sebelum dibawa menandatangani buku pelawat.
Hadir sama, Ketua JIPS Pulau Pinang, ACP Puan Liong Sau Lai dan para pegawai kanan polis.