
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jips Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Kp Melaka
Melaka, 27 Januari 2022 - Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato’ Azri Ahmad mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis (KP) Me...
Melaka, 27 Januari 2022 - Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato’ Azri Ahmad mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis (KP) Melaka, DCP Datuk Wira Abdul Majid di pejabat rasmi beliau di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, di sini, Isnin lalu.
Kunjungan tersebut bersempena Mesyuarat Pengarah JIPS Bersama Ketua JIPS / Pegawai Integriti Jabatan / Kontinjen / Bridged / Formasi yang telah diadakan dari 23 hingga 25 Januari 2022 di Bilik Mesyuarat Gerakan IPK negeri.
Turut hadir, Timbalan Pengarah JIPS (Pematuhan Standard) Bukit Aman, DCP Dato' Allaudeen Abd Majid dan Timbalan Pengarah JIPS (Agama dan Kaunseling) Bukit Aman, DCP Tuan Sulaiman Yahaya.
Sumber: Polis Melaka