
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jabatan Logistik Dan Teknologi Adakan Lawatan Kerja Ke Ipk Kelantan
Kota Bharu, 26 Ogos 2021 – Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, CP Dato’ Seri Sahabudin Abd Manan mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (...
Kota Bharu, 26 Ogos 2021 – Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, CP Dato’ Seri Sahabudin Abd Manan mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.
Lawatan beliau yang disambut oleh Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Shafien Mamat itu bertujuan melihat projek pembangunan premis Polis Diraja Malaysia (PDRM) di negeri itu.
Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (Fasiliti/Bekalan/Aset), SAC Tuan Azizi Ismail dan para pegawai kanan polis.
Sumber: Polis Kontinjen Kelantan