Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Jabatan Kdnka Wakili Kpn Terima Pengiktirafan Projek Rkb

Diterbitkan: 27 Jul 2026 7.49 AM Dikemas kini: 21 Aug 2026 4.43 PM
Putrajaya, 27 Julai 2026 – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri mewakili Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato' Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini menerima Sijil Projek Reformasi Karenah Birokrasi (RKB) serta Poster Aduan Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) sempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi bulan Julai 2026 yang berlangsung di Bangunan Setia Perkasa 8, Kompleks Setia Perkasa, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jabatan-kdnka-wakili-kpn-terima-pengiktirafan-projek-rkb
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:50 MYT
Putrajaya, 27 Julai 2026 – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri mewakili Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato' Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini menerima Sijil Projek Reformasi Karenah Birokrasi (RKB) serta Poster Aduan Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) sempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi bulan Julai 2026 yang berlangsung di Bangunan Setia Perkasa 8, Kompleks Setia Perkasa, di sini.

Pengiktirafan itu diberikan atas kejayaan Projek RKB Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berjaya mengurangkan tempoh semakan tapisan keselamatan dan rekod jenayah bagi permohonan Pas Ekspatriat daripada 90 hari kepada hanya 15 minit, sekali gus melayakkan PDRM menerima Anugerah Khas Projek RKB Berimpak Tinggi.

Penyampaian pengiktirafan tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Turut hadir, Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Abdul Aziz Abdul Majid serta Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Rusdi Mohd Isa.

Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN)

May be an image of dais and text

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of dais and text that says 'KEMENTERIAN DALAM KEMENTERIANDALAMNEGERI NEGERI Perhimpunan Bulanan KEMENTERIAN DALAM NEGERI bersama dengan YB

May be an image of one or more people, dais and text


ArtikelDiterbitkan 27 Jul 2026 7.49 AMDikemas kini 21 Aug 2026 4.43 PM