Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Jabatan Kdnka Tinjau Penugasan Pdrm Sempena Amm Ke 58

Published: 09 Jul 2025 12.33 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 9 Julai 2025 – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim meninjau penugasan petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi kawalan keselamatan dan trafik sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jabatan-kdnka-tinjau-penugasan-pdrm-sempena-amm-ke-58
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:07 MYT
Kuala Lumpur, 9 Julai 2025 – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim meninjau penugasan petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi kawalan keselamatan dan trafik sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Seramai 5,121 pegawai dan anggota PDRM digerakkan, merangkumi elemen-elemen dari Jabatan KDNKA Bukit Aman, Kontinjen Kuala Lumpur serta bantuan sumber manusia dari kontinjen luar termasuk Pahang, Perak, Pulau Pinang, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Turut membantu, Cawangan Khas, Pasukan Simpanan Persekutuan dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur.

Mesyuarat anjuran Kementerian Luar Negeri itu menghimpunkan menteri-menteri luar ASEAN dan rakan dialog bagi membincangkan isu serantau dan keselamatan global.

Turut hadir, barisan Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA, SAC Gerakan Jabatan KDNKA Bukit Aman, SAC Zaman Shah Omar, Ketua Jabatan KDNKA Kontinjen Kuala Lumpur, SAC Khalid Saion dan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman

ArticlePublished 09 Jul 2025 12.33 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM