
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jabatan Kdnka Terima Kunjungan Hormat Wakil Kedutaan Besar Republik China
Kuala Lumpur, 7 April 2025 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim menerima kunjungan hormat da...
Kuala Lumpur, 7 April 2025 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim menerima kunjungan hormat daripada wakil delegasi Kedutaan Besar Republik China di Malaysia, Mr. Zheng Xuefang.
Kunjungan hormat tersebut bertujuan bagi membincangkan aspek kawalan keselamatan sempena Lawatan Rasmi Presiden Republik Rakyat China ke Malaysia yang dijadualkan tidak lama lagi.
Turut hadir, Timbalan Pengarah Pasukan Gerakan Am, Jabatan KDNKA Bukit Aman, DCP Dato' Mohamad Suzrin Mohd Rodhi, Komander Unit Tindakhas, SAC Hisham Mahmood dan SAC Gerakan Jabatan KDNKA Bukit Aman, SAC Zaman Shah Omar.