Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Jabatan Kdnka Sempurnakan Pemakaian Insignia Kehormat Pdrm Kepada Komander Briged Sarawak

Published: 02 Sep 2021 1.47 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Papar, 2 September 2021 – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Zainal Abidin Kasim hari ini menyempurnakan pemakaian lencana kepakaran (insignia) kepada Komander Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am (PGA), SAC Tuan Saini Bongkek di Markas Briged Sabah, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jabatan-kdnka-sempurnakan-pemakaian-insignia-kehormat-pdrm-kepada-komander-briged-sarawak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:28 MYT
Papar, 2 September 2021 – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Zainal Abidin Kasim hari ini menyempurnakan pemakaian lencana kepakaran (insignia) kepada Komander Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am (PGA), SAC Tuan Saini Bongkek di Markas Briged Sabah, di sini.

SAC Tuan Saini telah dianugerahkan lencana sayap penerjunan kehormat 69 Komando di samping lencana penembak tepat (sniper) kehormat Unit Tindakhas dan lencana "horseman" kehormat Pasukan Simpanan Persekutuan serta lencana penyelam Polis Diraja Malaysia kehormat daripada Pasukan Polis Marin.

Turut menerima lencana sayap penerjunan kehormat 69 Komando daripada Dato' Zainal tadi ialah Pegawai Turus Gerakan Briged Sarawak PGA, DSP Sahamran Ibrahim dan Pegawai Turus Risik Briged Sarawak PGA, DSP Norman Chendan.

Hadir sama, Komander 69 Komando, SAC Tuan Abdul Razak Mohd. Yusoff, Komander Briged Sabah PGA, SAC Tuan Mohd Abduh Ismail dan Timbalan Ketua Staf Pusat Operasi Pasukan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), ACP Tuan Mohamad Pajeri Ali.

ArticlePublished 02 Sep 2021 1.47 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM