Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Jabatan Kdnka Sempurnakan Majlis Penutupan Tot Fibua Briged Tengah Pga Siri 1 2022

Diterbitkan: 02 Oct 2022 1.41 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sumber: Polis Selangor
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jabatan-kdnka-sempurnakan-majlis-penutupan-tot-fibua-briged-tengah-pga-siri-1-2022
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:20 MYT
Posting Pilihan Pengarah Jabatan Kdnka Sempurnakan Majlis Penutupan Tot Fibua Briged Tengah Pga Siri 1 2022
Laman Utama / Artikel / Posting Pilihan Pengarah Jabatan Kdnka Sempurnakan Majlis Penutupan Tot Fibua Briged Tengah Pga Siri 1 2022
Kembali ke Pustaka
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Jabatan Kdnka Sempurnakan Majlis Penutupan Tot Fibua Briged Tengah Pga Siri 1 2022

Sumber: Polis Selangor
Hulu Selangor, 2 Oktober 2022 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Hazani Ghazali pagi tadi menyempurnakan Majlis Penutupan Kursus Training of Trainers (TOT) Fighting In Built Up Area (FIBUA), bagi pegawai dan anggota Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA) Siri 1/2022 di sini.

Mengiringi beliau ke acara tersebut ialah Ketua Polis Selangor, CP Dato' Arjunaidi Mohamed, Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA (PGA) Bukit Aman, DCP Dato' Muhammad Abdul Halim dan Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, DCP Dato' Nerita Yaacob.

Kursus yang melibatkan 40 peserta itu dianjurkan bersama Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta Perak dengan Jabatan KDNKA Bukit Aman dan Briged Tengah PGA, bermula 19 September lalu.

Majlis penutupan tadi turut 'digegarkan' dengan demonstrasi taktikal melibatkan bunyi ledakan bom dan tembakan peluru daripada para peserta dekat kawasan bangunan rumah kedai terbiar, yang terasing dari akses orang awam.

Hadir sama, barisan Komander di bawah Jabatan KDNKA, Komander Briged Tengah PGA, SAC Zulkifli Jonit, Komandan Pusat Latihan PGA, Superintendan Mohammad Hafiz Kadir dan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah.

ArtikelDiterbitkan 02 Oct 2022 1.41 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM