Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Jabatan Kdnka Sempurnakan Majlis Anugerah Cemerlang Smk Sik

Published: 27 Oct 2023 1.37 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Sik, 27 Oktober 2023 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Hazani Ghazali semalam menyempurnakan perasmian Majlis Anugerah Cemerlang kepada para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sik, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jabatan-kdnka-sempurnakan-majlis-anugerah-cemerlang-smk-sik
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:27 MYT
Sik, 27 Oktober 2023 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Hazani Ghazali semalam menyempurnakan perasmian Majlis Anugerah Cemerlang kepada para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sik, di sini.

Seramai 200 pelajar dari tingkatan satu sehingga tingkatan lima sekolah berkenaan menerima Anugerah Cemerlang yang disampaikan oleh alumni sekolah berkenaan, termasuklah Dato' Sri Hazani.

Bersempena majlis itu juga, pelbagai program dan aktiviti menarik diaturkan oleh Polis Diraja Malaysia untuk menarik minat dan semangat para pelajar kepada Pasukan. Antaranya, persembahan payung terjun dari Unit 69 Komando, demonstrasi membebaskan tebusan oleh Unit Tindakhas (UTK) dan persembahan dari anjing pengesan K9 Jabatan Siasatan Jenayah.

Yang turut hadir, Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, DCP Dato’ Mohamad Nasri Omar, Komander UTK, SAC Dato’ Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi dan Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, SAC Fazlisyam Abd Majid.

ArticlePublished 27 Oct 2023 1.37 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM