
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jabatan Kdnka Sempurnakan Majlis Anugerah Cemerlang Smk Sik
Sik, 27 Oktober 2023 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Hazani Ghazali semalam menyempurnakan perasmian Majl...
Sik, 27 Oktober 2023 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Hazani Ghazali semalam menyempurnakan perasmian Majlis Anugerah Cemerlang kepada para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sik, di sini.
Bersempena majlis itu juga, pelbagai program dan aktiviti menarik diaturkan oleh Polis Diraja Malaysia untuk menarik minat dan semangat para pelajar kepada Pasukan. Antaranya, persembahan payung terjun dari Unit 69 Komando, demonstrasi membebaskan tebusan oleh Unit Tindakhas (UTK) dan persembahan dari anjing pengesan K9 Jabatan Siasatan Jenayah.
Yang turut hadir, Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, DCP Dato’ Mohamad Nasri Omar, Komander UTK, SAC Dato’ Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi dan Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, SAC Fazlisyam Abd Majid.