
Article
Posting Pilihan Pengarah Jabatan Kdnka Saksi Serah Terima Tugas Kp Perlis
Kangar, 1 November 2023 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Hazani Ghazali hari ini menjadi saksi Majlis Sera...
Kangar, 1 November 2023 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Hazani Ghazali hari ini menjadi saksi Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis (KP) Perlis di antara Pemangku KP, SAC Baderulhisham Baharudin dengan penyandang baharu, DCP Dato’ Muhammad Abdul Halim di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis.
Turut berlangsung dalam majlis yang sama ialah Serah Terima Tugas Jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) kontinjen Perlis di antara pemangkunya, Puan Wahida Hj. Shariff dengan Datin Rosita Mohd Khair yang turut disaksikan oleh Dato' Sri Hazani.
Hadir sama, Ketua-ketua jabatan dan formasi kontinjen Perlis, Ketua-ketua Polis Daerah, ahli-ahli PERKEP dan warga kerja IPK Perlis.
Sumber: Polis Perlis