Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Jabatan Kdnka Saksi Serah Terima Tugas Kp Perlis

Diterbitkan: 01 Nov 2023 7.15 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kangar, 1 November 2023 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Hazani Ghazali hari ini menjadi saksi Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis (KP) Perlis di antara Pemangku KP, SAC Baderulhisham Baharudin dengan penyandang baharu, DCP Dato’ Muhammad Abdul Halim di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jabatan-kdnka-saksi-serah-terima-tugas-kp-perlis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:50 MYT
Kangar, 1 November 2023 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Hazani Ghazali hari ini menjadi saksi Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis (KP) Perlis di antara Pemangku KP, SAC Baderulhisham Baharudin dengan penyandang baharu, DCP Dato’ Muhammad Abdul Halim di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis.

Dato' Muhammad yang sebelum ini merupakan Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA (Pasukan Gerakan Am) Bukit Aman telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan Polis Dirajaya Malaysia untuk menerajui kontinjen Perlis dalam arahan pertukaran Pegawai Kanan Polis, baru-baru ini.

Turut berlangsung dalam majlis yang sama ialah Serah Terima Tugas Jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) kontinjen Perlis di antara pemangkunya, Puan Wahida Hj. Shariff dengan Datin Rosita Mohd Khair yang turut disaksikan oleh Dato' Sri Hazani.

Hadir sama, Ketua-ketua jabatan dan formasi kontinjen Perlis, Ketua-ketua Polis Daerah, ahli-ahli PERKEP dan warga kerja IPK Perlis.

Sumber: Polis Perlis
ArtikelDiterbitkan 01 Nov 2023 7.15 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM