Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Jabatan Kdnka Saksi Majlis Serah Terima Tugas Kp Perlis

Diterbitkan: 20 Aug 2026 12.52 AM Dikemas kini: 30 Aug 2026 6.06 PM
Kangar, 15 Ogos 2026 – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri telah menjadi saksi Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis (KP) Perlis yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis, di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jabatan-kdnka-saksi-majlis-serah-terima-tugas-kp-perlis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:54 MYT
 
Kangar, 15 Ogos 2026 – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri telah menjadi saksi Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis (KP) Perlis yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis, di sini, semalam.

Penyerahan tugas jawatan KP Perlis telah berlangsung antara CP Dato’ Muhammad Abdul Halim dengan SAC Zaihairul Idrus yang akan memangku tugas sebagai Ketua Polis Perlis.
Dato’ Muhammad telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan PDRM untuk menggalas amanah baharu sebagai Timbalan Pengarah (Gerakan/Operasi), Jabatan KDNKA Bukit Aman.

Dalam majlis yang sama turut berlangsung Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Perlis antara Datin Rosita Mohd Khair dengan penyandang baharu, Puan Jamia’ah Parmin.

Majlis turut dihadiri oleh barisan ketua jabatan Kontinjen Perlis, ketua-ketua polis daerah dan formasi, ahli-ahli PERKEP serta rakan-rakan media.

Sumber: Polis Perlis

May be an image of dais

May be an image of ‎dais and ‎text that says '‎DENGAN YDH SAC ZAIHAIRUL BIN IDRUS DI N۷ OI BATO' SRI RATO'SRIMOYUSRIE PATO'SRIM M YUS

May be an image of ‎dais and ‎text that says '‎1기 INIARA YBHG DATIN ROSITA BINTI MOHD KHAIR DINGAN N YBHG PUAN JAMINAH BINTI PARMIN YDH (S. PENGARA

May be an image of text

May be an image of one or more people, headscarf and dais
ArtikelDiterbitkan 20 Aug 2026 12.52 AMDikemas kini 30 Aug 2026 6.06 PM