Article
Posting Pilihan Pengarah Jabatan Kdnka Saksi Majlis Serah Terima Tugas Kp Perlis
Kangar, 15 Ogos 2026 – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri telah menjadi saksi Majl...
Kangar, 15 Ogos 2026 – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri telah menjadi saksi Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis (KP) Perlis yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis, di sini, semalam.
Penyerahan tugas jawatan KP Perlis telah berlangsung antara CP Dato’ Muhammad Abdul Halim dengan SAC Zaihairul Idrus yang akan memangku tugas sebagai Ketua Polis Perlis.
Dato’ Muhammad telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan PDRM untuk menggalas amanah baharu sebagai Timbalan Pengarah (Gerakan/Operasi), Jabatan KDNKA Bukit Aman.
Dalam majlis yang sama turut berlangsung Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Perlis antara Datin Rosita Mohd Khair dengan penyandang baharu, Puan Jamia’ah Parmin.
Majlis turut dihadiri oleh barisan ketua jabatan Kontinjen Perlis, ketua-ketua polis daerah dan formasi, ahli-ahli PERKEP serta rakan-rakan media.
Sumber: Polis Perlis