
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jabatan Kdnka Saksi Majlis Serah Terima Tugas Kp Perak
Ipoh, 6 Jun 2026 – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri semalam menjadi saksi Majlis...
Ipoh, 6 Jun 2026 – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri semalam menjadi saksi Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis (KP) Perak dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Perak yang berlangsung di Mes Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak, di sini.
Penyerahan tugas jawatan KP Perak telah berlangsung di antara CP Dato’ Noor Hisam Nordin dengan penyandang baharu, CP Dato’ Mohd Alwi Zainal Abidin selaras dengan arahan pertukaran pegawai kanan polis yang diumumkan baru-baru ini.
CP Dato’ Noor Hisam telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan PDRM untuk menerajui Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, sekali gus menggalas amanah baharu berkuat kuasa 15 Mei lalu.
Dalam majlis yang sama turut berlangsung Serah Terima Tugas Jawatan Pengerusi PERKEP Kontinjen Perak antara Datin Noormawati Abdul Latip dengan penyandang baharu, Datin Wan Norazah Wanchik.
Majlis turut dihadiri oleh barisan ketua jabatan Kontinjen Perak, ketua-ketua polis daerah dan formasi, ahli-ahli PERKEP serta rakan-rakan media.