Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Jabatan Kdnka Saksi Majlis Serah Terima Tugas Kp Perak

Published: 06 Jun 2026 2.32 AM Updated: 15 Aug 2026 7.52 PM
Ipoh, 6 Jun 2026 – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri semalam menjadi saksi Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis (KP) Perak dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Perak yang berlangsung di Mes Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jabatan-kdnka-saksi-majlis-serah-terima-tugas-kp-perak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:57 MYT
Ipoh, 6 Jun 2026 – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri semalam menjadi saksi Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis (KP) Perak dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Perak yang berlangsung di Mes Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak, di sini.

Penyerahan tugas jawatan KP Perak telah berlangsung di antara CP Dato’ Noor Hisam Nordin dengan penyandang baharu, CP Dato’ Mohd Alwi Zainal Abidin selaras dengan arahan pertukaran pegawai kanan polis yang diumumkan baru-baru ini.

CP Dato’ Noor Hisam telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan PDRM untuk menerajui Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, sekali gus menggalas amanah baharu berkuat kuasa 15 Mei lalu.

Dalam majlis yang sama turut berlangsung Serah Terima Tugas Jawatan Pengerusi PERKEP Kontinjen Perak antara Datin Noormawati Abdul Latip dengan penyandang baharu, Datin Wan Norazah Wanchik.

Majlis turut dihadiri oleh barisan ketua jabatan Kontinjen Perak, ketua-ketua polis daerah dan formasi, ahli-ahli PERKEP serta rakan-rakan media.

Sumber: Polis Perak

May be an image of dais and text that says 'Majls SERAH TERIMA TUGAS KETUA POLIS PERAK AN EP KONTINJEN PERAK PENGERUSI Pk YDH CP YDHCPDAT DATC PENGARAH OLI

May be an image of dais and text

May be an image of dais and text

May be an image of dais and text that says 'EGAWAIK EG RMPE PERAK ER Nejla SERAH TERIMA TUGAS KETUA POLIS DAN PENGERUSI PERKEP MA4ФИbl TONITICEN IPMI APA

May be an image of dais and text
ArticlePublished 06 Jun 2026 2.32 AMUpdated 15 Aug 2026 7.52 PM