Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Jabatan Kdnka Rasmi Penutup Kejohanan Bola Tampar Dan Petanque Piala Kpn Tahun 2023

Published: 15 Sep 2023 2.02 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kangar, 15 September 2023 – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Hazani Ghazali petang tadi merasmikan penutupan kejohanan Bola Tampar dan Petanque Piala Ketua Polis Negara (KPN) tahun 2023 bertempat di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jabatan-kdnka-rasmi-penutup-kejohanan-bola-tampar-dan-petanque-piala-kpn-tahun-2023
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:31 MYT
Kangar, 15 September 2023 – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Hazani Ghazali petang tadi merasmikan penutupan kejohanan Bola Tampar dan Petanque Piala Ketua Polis Negara (KPN) tahun 2023 bertempat di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, di sini.

Beliau yang hadir mewakili KPN, IG Tan Sri Razarudin Husain disambut oleh Ketua Polis negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa penganjur kejohanan, DCP Dato’ Surina Saad bersama timbalannya, SAC Baderulhisham Baharudin.
Kejohanan Bola Tampar lelaki dan wanita masing-masing dimenangi Kontinjen Kuala Lumpur dan Kontinjen Selangor manakala bagi sukan Petanque pula dimenangi Kontinjen Kuala Lumpur.

Yang turut hadir, Komander Pasukan Simpanan Persekutuan merangkap Pengelola Bola Tampar Polis Diraja Malaysia (PDRM), SAC Mohd Said Ibrahim dan Komander Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am merangkap Pengelola Petanque PDRM, SAC Zulkifli Jonit.

Sumber: Polis Perlis

ArticlePublished 15 Sep 2023 2.02 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM