Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Jabatan Kdnka Rasmi Majlis Penutup Bengkel Pemantapan Kob Dan Cdrt Zon Tengah

Diterbitkan: 15 Sep 2023 12.21 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Sumber: Briged Tengah PGA Polis Diraja Malaysia
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jabatan-kdnka-rasmi-majlis-penutup-bengkel-pemantapan-kob-dan-cdrt-zon-tengah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:36 MYT
Cheras, 15 September 2023 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Hazani Ghazali telah merasmikan Majlis Penutupan Bengkel Pemantapan Komander Operasi Bencana (KOB) dan Crisis Disaster Response Team (CDRT) bertempat di Markas Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA), di sini, semalam.

Bengkel yang dianjurkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) itu telah berlangsung selama tiga hari bermula 12 September lalu. Ia disertai oleh semua Ketua Polis Daerah kontinjen Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan termasuk para pegawai kanan dari Pasukan Gerakan Udara, PGA, Pasukan Polis Marin, Pasukan Simpanan Persekutuan serta Jabatan KDNKA Bukit Aman.

Objektif bengkel tersebut adalah menjadikan pegawai yang terlibat berkebolehan mengaplikasi dan memahami mekanisma pengurusan mengikut Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 18 serta MKN No. 20.
Hadir sama, Ketua Pengarah NADMA, Datuk Khairul Shahril Idrus, Ketua Polis Johor, CP Dato' Kamarulzaman Mamat, Pengarah Seksyen Pelaksana Operasi NADMA, DCP Dato' Khairi Khairudin dan Komander Briged Tengah PGA, SAC Zulkifli Jonit serta barisan pegawai PDRM Briged Tengah.

ArtikelDiterbitkan 15 Sep 2023 12.21 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM