Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Jabatan Kdnka Rasmi Kem Batalion 4 Pga Semenyih

Diterbitkan: 27 Aug 2024 2.21 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Dato' Sri Kamarudin yang tiba di Padang Kawad, Batalion 4 PGA telah disambut oleh Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Hussein Omar Khan bersama Komander Briged Tengah PGA, SAC Hakemal Hawari dan Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintendan Jafri Muhamad sebelum menerima tabik hormat daripada barisan kawalan kehormatan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jabatan-kdnka-rasmi-kem-batalion-4-pga-semenyih
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:56 MYT
Semenyih, 27 Ogos 2024 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Mohd Kamarudin Md Din hadir merasmikan Kompleks Kem Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih, di sini, pagi tadi.

Dato' Sri Kamarudin yang tiba di Padang Kawad, Batalion 4 PGA telah disambut oleh Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Hussein Omar Khan bersama Komander Briged Tengah PGA, SAC Hakemal Hawari dan Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintendan Jafri Muhamad sebelum menerima tabik hormat daripada barisan kawalan kehormatan.

Dalam program yang diadakan, CP Dato' Sri Mohd Kamarudin telah berbesar hati menyempurnakan gimik perasmian dengan menandatangani plak seterusnya bersama isteri, Datin Sri Johariah Urib Mohd Ariffin merangkap Pengerusi Keluarga Polis (PERKEP) Jabatan KDNKA mengabadikan kenangan dengan menanam dua batang pokok kelapa di kawasan berhadapan bangunan pentadbiran Batalion 4 PGA.

Projek pembinaan Kompleks Kem Batalion 4 PGA tersebut telah mula dibina pada 15 Disember 2006. Ia siap sepenuhnya pada 19 Mei 2009 dan menelan kos hampir RM 315 juta atas tanah berkeluasan lebih kurang 200 hektar meliputi pelbagai fasiliti termasuk sekolah, masjid, kuarters, Balai Polis Semenyih dan Kompleks Latihan Unit Tindakhas.

Turut hadir, Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan KDNKA Bukit Aman, DCP Dato’ Hj. Mohd Yusoff Mamat, Timbalan Pengarah (PGA) Jabatan KDNKA Bukit Aman, DCP Dato’ Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Dato’ Ts. Azizee Ismail dan Pengerusi PERKEP Selangor, Datin Liliyana Haryanti Harunizam serta barisan ahli-ahli PERKEP Jabatan KDNKA.

ArtikelDiterbitkan 27 Aug 2024 2.21 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM