
Article
Posting Pilihan Pengarah Jabatan Kdnka Pengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Operasi Operasi Pdrm Dan Esscom Di Kawasan Ess Zone Tahun 2023
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Hazani Ghazali hadir mewakili Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husa...
Lahad Datu, 21 November 2023 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Hazani Ghazali hadir mewakili Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain bagi mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Operasi-Operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone) Tahun 2023.
Mesyuarat yang berlangsung di Markas Operasi Pasukan Polis Marin (PPM), pagi tadi membincangkan isu-isu keselamatan di kawasan ESS Zone dan cadangan penstrukturan serta penambahbaikan sedia ada di kawasan timur tersebut.
Terdahulu, ketibaan beliau telah disambut oleh Pegawai Pemerintah PPM Lahad Datu, Superintendan Jaffri Bidin.
Turut hadir, Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato Mancha Ata, Komander Eastern Command, DCP Datuk Victor Sanjos, Ketua Penolong Pengarah (E1) Cawangan Khas, Bukit Aman, DCP Dato’ Pahlawan Shazeli Dato’ Kahar, Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA, Pasukan Gerakan Khas, Bukit Aman, SAC Anuar Rosdi, Komander PPM, SAC Norzaid Muhammad Said, barisan Ketua Formasi dan Ketua Polis Daerah ESS Zone serta Pegawai Kanan ESSCOM.
Sumber: Polis Sabah