
Article
Posting Pilihan Pengarah Jabatan Kdnka Adakan Lawatan Kerja Ke Ppm Wilayah Satu
Tujuan lawatan itu bagi membincangkan isu tebus guna tanah bersebelahan jeti PPM Wilayah 1 dengan pihak pemaju, Mutiara Metropolis Sdn Bhd dan East Design Arch...
Georgetown, 1 Mei 2024 - Pengarah Jabatan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM (KDNKA), CP Dato' Sri Mohd Kamarudin Md Din hari ini mengadakan lawatan kerja ke Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu, Batu Uban, Pulau Pinang.
Tujuan lawatan itu bagi membincangkan isu tebus guna tanah bersebelahan jeti PPM Wilayah 1 dengan pihak pemaju, Mutiara Metropolis Sdn Bhd dan East Design Archirect Sdn Bhd selain permasalahan yang dihadapi dalam menempatkan bot-bot pihak PPM serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
Ia turut dihadiri Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Pulau Pinang dan Majlis Keselamatan Negara Negeri Pulau Pinang.
Turut hadir, DCP Gerakan Jabatan KDNKA Bukit Aman, DCP Dato’ Mohd Yusoff Mamat, Komander Pasukan Gerakan Udara, DCP Dato’ Noor Sham Md Jani, Timbalan KP Pulau Pinang, DCP Dato' Mohd Alwi Zainal Abidin dan Timbalan Pengarah (Fasiliti/Bekalan/Aset) Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, SAC Low Kim Piew.
Sumber: PDRM Pulau Pinang