
Article
Posting Pilihan Pengarah Jabatan Kdnka Adakan Lawatan Kerja Ke Pgu
Dato’ Sri Mohd Yusri turut menyampaikan amanat kepada warga kerja PGU dengan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas dedikasi dan komitmen mereka dalam mel...
Subang, 30 Jun 2026 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri telah mengadakan lawatan kerja rasminya ke Pasukan Gerakan Udara (PGU), Pangkalan Semenanjung, di sini, semalam.
Taklimat pengoperasi PGU telah disampaikan oleh Komander PGU, DCP Dato' Noor Sham Md Jani berkenaan fungsi, keupayaan operasi, aset dan hala tuju pembangunan PGU.
Dato’ Sri Mohd Yusri turut menyampaikan amanat kepada warga kerja PGU dengan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas dedikasi dan komitmen mereka dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga keselamatan negara. Beliau turut menekankan penghayatan konsep "Integrity in Service, Professionalism in Operations" sebagai budaya kerja yang menjadi teras penyampaian perkhidmatan berintegriti, profesional dan berprestasi tinggi, selaras dengan aspirasi Pasukan.
Majlis turut menyaksikan pemakaian Beret dan Sayap Kehormat PGU kepada Dato' Sri Mohd Yusri sebagai simbol penghargaan daripada warga PGU. Turut diadakan penyampaian Sijil Penghargaan kepada warga PGU sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan prestasi, dedikasi dan sumbangan mereka dalam melaksanakan tanggungjawab.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA, Pasukan Gerakan Am Bukit Aman, DCP Dato' Mohamad Suzrin Mohd Rodhi, Ketua Penolong Pengarah Kepolisan Am Bukit Aman, SAC Aidil Bolhasan, pegawai-pegawai kanan serta warga PGU.