Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Jabatan Kdnka Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Ksn

Diterbitkan: 11 Apr 2025 3.25 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.06 PM
Putrajaya, 10 April 2025 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dato' Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar di pejabatnya dekat Kompleks Perdana Putra, Jabatan Perdana Menteri, di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jabatan-kdnka-adakan-kunjungan-hormat-ke-atas-ksn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:59 MYT
Putrajaya, 10 April 2025 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dato' Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar di pejabatnya dekat Kompleks Perdana Putra, Jabatan Perdana Menteri, di sini, semalam.

Pertemuan dua hala itu bertujuan membincangkan kerjasama strategik dari aspek keselamatan, pengurusan krisis serta kerjasama di antara Pasukan dan Jabatan Perdana Menteri dan agensi lain demi kesejahteraan negara.

Hadir sama, Timbalan Pengarah KDNKA (WCB/PSK) Bukit Aman, SAC Mohammad Azlin Hj. Sadari dan Pegawai Turus Operasi/Risik, Pasukan Gerakan Am, Superintenden Suhaimi Omar.

ArtikelDiterbitkan 11 Apr 2025 3.25 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.06 PM