Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Penafian Pdrm Tiada Kaitan Dengan Posting Police Escort Orang Ramai Diminta Tidak Terpedaya

Published: 06 May 2026 10.25 AM Updated: 21 Sep 2026 3.57 PM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik menafikan sebarang penglibatan rasmi berhubung kandungan yang dimuat naik oleh akaun Instagram madeinmalaysia.com.my yang mendakwa tawaran atau penggunaan khidmat pengiring polis bagi konvoi kenderaan mewah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-penafian-pdrm-tiada-kaitan-dengan-posting-police-escort-orang-ramai-diminta-tidak-terpedaya
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:15 MYT

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik menafikan sebarang penglibatan rasmi berhubung kandungan yang dimuat naik oleh akaun Instagram madeinmalaysia.com.my yang mendakwa tawaran atau penggunaan khidmat pengiring polis bagi konvoi kenderaan mewah.

PDRM menegaskan bahawa tidak pernah memberi kebenaran, sokongan atau pengendorsan kepada mana-mana pihak untuk menggunakan imej, logo atau menyerupai anggota polis trafik bagi tujuan promosi atau publisiti.

Perkara ini dipandang serius dan PDRM tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan identiti pasukan atau menyebarkan maklumat mengelirukan. Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi dan merujuk hanya kepada saluran rasmi PDRM untuk mendapatkan maklumat sahih.

ArticlePublished 06 May 2026 10.25 AMUpdated 21 Sep 2026 3.57 PM