
Artikel
Posting Pilihan Pemangku Pengarah Jsjn Sampaikan Amanat Kepada Warga Jsjn Kontinjen Johor
Johor Bahru, 8 April 2025 – Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), DCP Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali menyampaikan amanat kepada warga...
Johor Bahru, 8 April 2025 – Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), DCP Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali menyampaikan amanat kepada warga JSJN Kontinjen Johor bertempat di Dewan Auditorium, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.
Ketibaan beliau telah disambut oleh Timbalan Ketua JSJN Kontinjen Johor, Superintenden Kumar K.M Perumal.
Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi) Bukit Aman, SAC Jasmirol Jamaluddin, barisan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah, para pegawai kanan JSJN Bukit Aman dan Kontinjen Johor.
Sumber: Polis Johor