Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pemangku Pengarah Jsjn Pengerusikan Mesyuarat Strategik Bersama Jkm

Published: 15 May 2025 12.57 PM Updated: 15 Aug 2026 8.00 PM
Kuala Lumpur, 15 Mei 2025 – Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), DCP Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali telah mempengerusikan satu mesyuarat strategik bersama Jabatan Kimia Malaysia (JKM) yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama JSJN, Menara 2, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pemangku-pengarah-jsjn-pengerusikan-mesyuarat-strategik-bersama-jkm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:14 MYT
Kuala Lumpur, 15 Mei 2025 – Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), DCP Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali telah mempengerusikan satu mesyuarat strategik bersama Jabatan Kimia Malaysia (JKM) yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama JSJN, Menara 2, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, pagi tadi.

Mesyuarat itu bertujuan memperkukuhkan kerjasama antara JSJN dan JKM, khususnya dalam usaha membanteras jenayah narkotik melalui perkongsian maklumat berkaitan trend semasa pengedaran dadah haram.

Antara agenda yang dibincangkan termasuk pengurusan barang kes bagi rampasan dadah berskala besar bagi memastikan proses analisis oleh pihak JKM dapat dijalankan dengan lebih lancar dan efisien.

Turut dibincangkan ialah penggunaan teknologi terkini termasuk Kecerdasan Buatan (AI), peralatan makmal moden dan peranti baharu dalam menganalisis bahan bukti, khususnya melibatkan Bahan Psikoaktif Baharu (NPS).

Mesyuarat turut dihadiri Pengarah Bahagian Narkotik JKM, Puan Rusyidah Abdul Rahim, barisan pegawai kanan JSJN Bukit Aman serta Ketua-ketua Seksyen Narkotik JKM.

ArticlePublished 15 May 2025 12.57 PMUpdated 15 Aug 2026 8.00 PM