
Artikel
Posting Pilihan Pemangku Pengarah Jsjn Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Kp Kedah
Alor Setar, 15 April 2025 – Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), DCP Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali mengadakan kunjungan hormat ke a...
Alor Setar, 15 April 2025 – Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), DCP Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis (KP) Kedah, CP Dato' Fisol Salleh di pejabatnya, Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, semalam.
Antara tujuan kunjungan itu adalah membincangkan mengenai isu-isu semasa, khususnya melibatkan JSJN di peringkat Kontinjen Kedah.
Hadir sama, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Kedah, SAC Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal dan para pegawai kanan Polis Diraja Malaysia.