
Artikel
Posting Pilihan Pegawai Dan Anggota Batalion 4 Pga Bersama Pelbagai Agensi Sertai Program Pembersihan Pantai Morib
Kuala Langat, 23 September 2023 - Sepasukan pegawai dan anggota dari Batalion 4, Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih berganding bahu bersama lain-lain agensi pag...
Kuala Langat, 23 September 2023 - Sepasukan pegawai dan anggota dari Batalion 4, Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih berganding bahu bersama lain-lain agensi pagi tadi menyertai Program Pembersihan Pantai Morib, di sini.
Program anjuran Majlis Perbandaran Kuala Langat itu telah disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Tengku Datin Paduka Setia Zatashah binti Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Program yang bermula jam 8.00 pagi itu turut disertai pebagai agensi antaranya Jabatan Sukarelawan Malaysia dan badan bukan kerajaan (NGO).
Tujuan program tersebut diadakan bagi mewujudkan kesedaran dan kebersihan alam sekitar selain dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak polis dengan masyarakat setempat.
Sumber: Batalion 4 PGA Semenyih