Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pdrm Terlibat Penyelarasan Tindakan Strategik Banteras Jenayah Pemerdagangan Orang Dan Penyeludupan Migran

Diterbitkan: 24 Aug 2023 2.30 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Putrajaya, 24 Ogos 2023 – Polis Diraja Malaysia, Jabatan Peguam Negara Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Komunikasi dan Digital merupakan agensi-agensi yang terlibat dalam penyelarasan tindakan strategik bagi membanteras jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran di Malaysia.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pdrm-terlibat-penyelarasan-tindakan-strategik-banteras-jenayah-pemerdagangan-orang-dan-penyeludupan-migran
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:17 MYT
Posting Pilihan Pdrm Terlibat Penyelarasan Tindakan Strategik Banteras Jenayah Pemerdagangan Orang Dan Penyeludupan Migran
Laman Utama / Artikel / Posting Pilihan Pdrm Terlibat Penyelarasan Tindakan Strategik Banteras Jenayah Pemerdagangan Orang Dan Penyeludupan Migran
Kembali ke Pustaka
Artikel

Posting Pilihan Pdrm Terlibat Penyelarasan Tindakan Strategik Banteras Jenayah Pemerdagangan Orang Dan Penyeludupan Migran

Putrajaya, 24 Ogos 2023 – Polis Diraja Malaysia, Jabatan Peguam Negara Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Komu...
Putrajaya, 24 Ogos 2023 – Polis Diraja Malaysia, Jabatan Peguam Negara Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Komunikasi dan Digital merupakan agensi-agensi yang terlibat dalam penyelarasan tindakan strategik bagi membanteras jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran di Malaysia.

Tindakan strategik itu dibincangkan dalam Mesyuarat Penyelarasan Ketua Jawatankuasa Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) Bilangan 2 Tahun 2023 yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dr. Abdul Gapar Hj. Abu Bakar di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, KDN, di sini.

Mesyuarat itu juga bertujuan meningkatkan penarafan negara di dalam Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat mengenai pemerdagangan orang.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Fadil Hj. Marsus, Setiausaha Bahagian Pejabat Strategik Nasional MAPO, Puan Syuhaida Abdul Wahab Zen dan wakil-wakil Bahagian KDN.

Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN)

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 4 people, newsroom and text

May be an image of 6 people and people studying

May be an image of 5 people, newsroom and text

May be an image of 3 people, people studying and newsroom

May be an image of 4 people, people studying and text
ArtikelDiterbitkan 24 Aug 2023 2.30 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM