
Article
Posting Pilihan Pdrm Terlibat Penyelarasan Tindakan Strategik Banteras Jenayah Pemerdagangan Orang Dan Penyeludupan Migran
Putrajaya, 24 Ogos 2023 – Polis Diraja Malaysia, Jabatan Peguam Negara Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Komu...
Putrajaya, 24 Ogos 2023 – Polis Diraja Malaysia, Jabatan Peguam Negara Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Komunikasi dan Digital merupakan agensi-agensi yang terlibat dalam penyelarasan tindakan strategik bagi membanteras jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran di Malaysia.
Tindakan strategik itu dibincangkan dalam Mesyuarat Penyelarasan Ketua Jawatankuasa Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) Bilangan 2 Tahun 2023 yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dr. Abdul Gapar Hj. Abu Bakar di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, KDN, di sini.
Mesyuarat itu juga bertujuan meningkatkan penarafan negara di dalam Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat mengenai pemerdagangan orang.
Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Fadil Hj. Marsus, Setiausaha Bahagian Pejabat Strategik Nasional MAPO, Puan Syuhaida Abdul Wahab Zen dan wakil-wakil Bahagian KDN.
Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN)