
Artikel
Posting Pilihan Pdrm Terima Anugerah Agensi Supportif 2024 Dalam Kongres Social Synergy
Kuala Lumpur, 10 Oktober 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dinobatkan sebagai pemenang anugerah Agensi Supportif 2024 dalam Kongres "Social Synergy" ya...
Kuala Lumpur, 10 Oktober 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dinobatkan sebagai pemenang anugerah Agensi Supportif 2024 dalam Kongres "Social Synergy" yang berlangsung di Hotel Royal Chulan, semalam.
PDRM telah dipilih sebagai pemenang dalam anugerah Agensi Supportif 2024 daripada empat anugerah utama yang diadakan berdasarkan kepada aktiviti dan komitmen yang diberikan oleh Pasukan melalui kolaborasi bersama Lembaga Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang terjalin sejak tahun 2020.
Berucap dalam majlis perasmian, Pengerusi PERKESO, Dato' Sri Subahan Kamal mengumumkan perkhidmatan "Social Synergy One Stop Centre" merupakan perintis bagi penyediaan kaunter untuk memudahkan prospek mendapatkan bantuan dan berharap agar inisiatif perkhidmatan kaunter dapat diperluas kepada rakan sinergi lain.