Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pdrm Terima Anugerah Agensi Supportif 2024 Dalam Kongres Social Synergy

Published: 10 Oct 2024 9.25 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 10 Oktober 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dinobatkan sebagai pemenang anugerah Agensi Supportif 2024 dalam Kongres "Social Synergy" yang berlangsung di Hotel Royal Chulan, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pdrm-terima-anugerah-agensi-supportif-2024-dalam-kongres-social-synergy
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:36 MYT
Kuala Lumpur, 10 Oktober 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dinobatkan sebagai pemenang anugerah Agensi Supportif 2024 dalam Kongres "Social Synergy" yang berlangsung di Hotel Royal Chulan, semalam.

Timbalan Pengarah Pengurusan (Bahagian Dasar Sumber Manusia) Bukit Aman, CP Dato' Mohd Roze Shaari yang hadir mewakili Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain telah berbesar hati menerima anugerah tersebut bagi pihak PDRM.
PDRM telah dipilih sebagai pemenang dalam anugerah Agensi Supportif 2024 daripada empat anugerah utama yang diadakan berdasarkan kepada aktiviti dan komitmen yang diberikan oleh Pasukan melalui kolaborasi bersama Lembaga Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang terjalin sejak tahun 2020.

Berucap dalam majlis perasmian, Pengerusi PERKESO, Dato' Sri Subahan Kamal mengumumkan perkhidmatan "Social Synergy One Stop Centre" merupakan perintis bagi penyediaan kaunter untuk memudahkan prospek mendapatkan bantuan dan berharap agar inisiatif perkhidmatan kaunter dapat diperluas kepada rakan sinergi lain.

ArticlePublished 10 Oct 2024 9.25 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM