Artikel
Posting Pilihan Pdrm Sedia Tambah Anggota Pantau Pembukaan Sempadan Negara Pengarah Jabatan Kdnka
Ipoh, 11 Mac 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia menambah anggota untuk penugasan di sempadan negara, sebaik ia dibuka pada 1 April ini susulan fasa p...
Ipoh, 11 Mac 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia menambah anggota untuk penugasan di sempadan negara, sebaik ia dibuka pada 1 April ini susulan fasa peralihan ke endemik.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Hazani Ghazali berkata perkara itu, akan dibincangkan kelak dengan lebih lanjut lagi termasuk dari segi jumlah penambahan dan kawasan penugasan.
“Aktiviti penyeludupan di sempadan sering kali berlaku. Kita sentiasa membuat pemantauan walaupun sebelum COVID-19 lagi, termasuk di sempadan perairan negara.
Kita tidak menolak untuk menambah anggota kelak apabila sempadan dibuka,” katanya.
Kita tidak menolak untuk menambah anggota kelak apabila sempadan dibuka,” katanya.
Beliau berkata demikian pada program komuniti kepolisian, “Charity Ride PDRM” di Mes Pegawai Kanan hari ini yang turut dihadiri Ketua Polis Perak, CP Dato’ Pahlawan Meor Faridalathrash Wahid.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...
Sumber: Polis Perak dan BERNAMA