Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pdrm Perluas Ujian Saringan Hpv

Published: 22 Sep 2020 11.15 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Terengganu, 22 September 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memperluaskan ujian saringan Virus Papiloma Manusia (HPV) kepada pegawai, anggota dan kakitangan awam wanita di seluruh negara bagi mengesan kanser serviks atau pangkal rahim pada peringkat awal.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pdrm-perluas-ujian-saringan-hpv
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:26 MYT

Kuala Terengganu, 22 September 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memperluaskan ujian saringan Virus Papiloma Manusia (HPV) kepada pegawai, anggota dan kakitangan awam wanita di seluruh negara bagi mengesan kanser serviks atau pangkal rahim pada peringkat awal.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), SAC Dato’ Asmawati Ahmad berkata, ujian yang menggunakan kaedah baharu itu dimulakan sejak dua bulan lalu membabitkan kerjasama antara PDRM bersama ROSE Foundation dan pihak hospital.

Katanya, sehingga kini, sebanyak tiga kontinjen termasuk Terengganu sudah melakukan ujian saringan itu membabitkan lebih 700 anggota, pegawai dan kakitangan awam wanita.

"Ini adalah projek berterusan yang akan dilaksanakan di semua kontinjen di seluruh negara menggunakan inovasi atau teknologi baharu berbanding sebelum ini apabila ujian dibuat menggunakan 'pap smear'.

"Insya Allah, dengan bantuan ROSE Foundation dan pihak hospital serta tajaan daripada Etiqa Cares, program ini akan memberi manfaat kepada seramai 17,000 wanita yang dipilih dalam kalangan B40.

"Proses saringan ini amat mudah berbanding kaedah sebelum ini yang dikaitkan dengan stigma sakit dan malu tetapi kaedah baru ini lebih canggih dan ada privasi kerana ia dilakukan kita sendiri.

"Jika ada yang menunjukkan tanda positif dikesan virus, pihak ROSE Foundation akan rujuk ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya ketika ditemui selepas Program Frontliners Uniting Againts Servical Cancer anjuran ROSE Foundation di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Terengganu, SAC Dato’ Rohaimi Md Isa dan Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Dr Roziana Ramli.

Sumber: Harian Metro dan Polis Terengganu

Image may contain: 3 people, people sitting and indoor, text that says 'ROHAIMI ASMAWATI'
Image may contain: 2 people, people sitting, living room, table and indoor
Image may contain: 1 person, sitting and indoor
Image may contain: 2 people, people sitting and indoor

ArticlePublished 22 Sep 2020 11.15 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM