Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pdrm Perkasa Tindakan Tangani Penipuan Pelaburan Palsu

Published: 19 Jul 2026 8.21 AM Updated: 21 Sep 2026 10.41 PM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memperkukuh usaha membanteras sindiket penipuan pelaburan palsu yang semakin giat menyasarkan golongan pesara melalui penguatkuasaan undang-undang, pemerkasaan teknologi, kerjasama strategik dan program kesedaran awam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pdrm-perkasa-tindakan-tangani-penipuan-pelaburan-palsu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 08:02 MYT

Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memperkukuh usaha membanteras sindiket penipuan pelaburan palsu yang semakin giat menyasarkan golongan pesara melalui penguatkuasaan undang-undang, pemerkasaan teknologi, kerjasama strategik dan program kesedaran awam.

Usaha tersebut merangkumi tindakan tegas terhadap sindiket, pemerkasaan Pusat Respons Scam Kebangsaan, kerjasama bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Meta dan Telegram bagi mengekang iklan pelaburan palsu, serta menggalakkan orang ramai menggunakan portal dan aplikasi SemakMULE untuk menyemak nombor akaun bank dan nombor telefon sebelum membuat sebarang transaksi kewangan.

KDN menerusi PDRM akan terus memperkukuh keupayaan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil bagi membanteras jenayah penipuan komersial siber serta melindungi keselamatan kewangan rakyat, khususnya golongan pesara.

Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN)

May be an image of text that says 'KENENTERIAM DALAM HEGERI POLIS POLIS PDRM PERKASA TINDAKAN TANGANI PENIPUAN PELABURAN PALSU, LINDUNGI SIMPANAN PESARA !


ArticlePublished 19 Jul 2026 8.21 AMUpdated 21 Sep 2026 10.41 PM