Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pdrm Juara Keseluruhan Kejohanan Golf Maksak Games 2024

Diterbitkan: 27 Apr 2024 10.43 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.16 PM
Johor Bharu, 27 April 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan jumlah mata terkumpul tertinggi sebanyak 73 mata dalam Kejohanan Golf Majlis Sukan dan Kebajikan Anggota-anggota Kerajaan (MAKSAK) Malaysia yang berlangsung di Forest City Golf Resort, di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pdrm-juara-keseluruhan-kejohanan-golf-maksak-games-2024
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:50 MYT
Johor Bharu, 27 April 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan jumlah mata terkumpul tertinggi sebanyak 73 mata dalam Kejohanan Golf Majlis Sukan dan Kebajikan Anggota-anggota Kerajaan (MAKSAK) Malaysia yang berlangsung di Forest City Golf Resort, di sini, semalam.

Kejohanan yang berlangsung pada 25 sehingga 26 April 2024 telah mempertandingkan empat kategori iaitu Gross Berpasukan, Nett Berpasukan, Gross Individu dan Nett Individu.
Pasukan PDRM telah menjuarai kedua-dua kategori Gross dan Nett Berpasukan. Manakala kategori Gross Individu berjaya dirangkul oleh atlet PDRM iaitu Inspektor Muhammad Al Azim Md Azmi.

Kejohanan MAKSAK Games 2024 yang dianjurkan oleh MAKSAK Malaysia bersama MAKSAK Johor dan Majlis Sukan Penjara itu mempertandingkan empat jenis sukan iaitu Golf, Futsal, Lawn Bowls dan Petanque.
Tahniah dan syabas buat para atlet PDRM yang berjaya mengharumkan nama Pasukan. Semoga dengan kejayaan ini menjadi pemangkin buat para atlet PDRM untuk mengekalkan kejuaraan pada masa hadapan.

Sumber: Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia

ArtikelDiterbitkan 27 Apr 2024 10.43 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.16 PM