
Artikel
Posting Pilihan Pdrm Juara Keseluruhan Kejohanan Golf Maksak Games 2024
Johor Bharu, 27 April 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan jumlah mata terkumpul tertinggi sebanyak 73 mata dalam Ke...
Johor Bharu, 27 April 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan jumlah mata terkumpul tertinggi sebanyak 73 mata dalam Kejohanan Golf Majlis Sukan dan Kebajikan Anggota-anggota Kerajaan (MAKSAK) Malaysia yang berlangsung di Forest City Golf Resort, di sini, semalam.
Pasukan PDRM telah menjuarai kedua-dua kategori Gross dan Nett Berpasukan. Manakala kategori Gross Individu berjaya dirangkul oleh atlet PDRM iaitu Inspektor Muhammad Al Azim Md Azmi.
Kejohanan MAKSAK Games 2024 yang dianjurkan oleh MAKSAK Malaysia bersama MAKSAK Johor dan Majlis Sukan Penjara itu mempertandingkan empat jenis sukan iaitu Golf, Futsal, Lawn Bowls dan Petanque.
Tahniah dan syabas buat para atlet PDRM yang berjaya mengharumkan nama Pasukan. Semoga dengan kejayaan ini menjadi pemangkin buat para atlet PDRM untuk mengekalkan kejuaraan pada masa hadapan.
Sumber: Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia