Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pdrm Dan Atm Gagalkan Seludup Lembu Di Sempadan Sempena Aidiladha

Diterbitkan: 17 Jun 2024 7.21 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.09 PM
Dua lelaki berusia 29 dan 37 tahun itu ditahan jam 8.20 malam di sektor Kawasan TanggungjawabBriged Kelapan Infantri Malaysia (KTJ 8 Bgd) di kawasan hutan di sempadan Malaysia-Thailand di Tanah Merah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pdrm-dan-atm-gagalkan-seludup-lembu-di-sempadan-sempena-aidiladha
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:26 MYT
Tanah Merah, 17 Jun 2024 - Cubaan dua lelaki menyeludup 69 lembu untuk dijual sempena Aidiladha digagalkan dalam operasi bersama Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kelmarin.

Dua lelaki berusia 29 dan 37 tahun itu ditahan jam 8.20 malam di sektor Kawasan TanggungjawabBriged Kelapan Infantri Malaysia (KTJ 8 Bgd) di kawasan hutan di sempadan Malaysia-Thailand di Tanah Merah.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menerusi kenyataan media, berkata operasi berkenaan merampas 69 lembu bernilai RM345,000 dan dua treler dengan nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM1.345juta.

Berdasarkan maklumat risikan, beliau berkata, tentera yang beroperasi bersama PDRM mengesan dan menahan dua lelaki yang sedang melaksanakan aktiviti penyeludupan lembu di kawasan hutan berdekatan sempadan Malaysia-Thailand.

Bacaan lanjut di seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../cubaan-jual-69-lembu...

Sumber: Facebook Markas Divisyen Ke 2 Infantri Malaysia dan Berita Harian

May be an image of 4 people and ambulance

No photo description available.

May be an image of text

No photo description available.

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2024 7.21 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.09 PM