
Posting Pilihan Pdrm Dan Atm Erat Kerjasama Kongsi Kaedah Pengurusan Latihan
Kuala Lumpur, 19 Februari 2020 – Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Bahagian Latihan Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), DCP Dato' Nerita Yaacob telah mengetuai lawatan kerja ke Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), di sini, hari ini.
Antara intipati lawatan tersebut adalah berkongsi kaedah pengurusan latihan dan operasi yang dijalankan oleh kedua-dua agensi, selain mengeratkan lagi jalinan kerjasama yang sedia terjalin.
Kehadiran delegasi dari PDRM tadi disambut penuh mesra oleh Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Pertahanan ATM, Mejar Jeneral Hashim Aman Shah serta warga kerja ATM.
Sumber: Markas Angkatan Tentera Malaysia