Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Paralimpik Tokyo 2020 Lans Koperal Nurul Suhada Dan Rakan Sepasukan Selamat Tiba Di Klia

Published: 05 Sep 2021 1.51 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Sepang, 5 September 2021- Atlet para berbasikal Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lans Koperal Nurul Suhada Zainal bersama rakan sepasukan yang berjuang dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020, selamat tiba di tanah air, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-paralimpik-tokyo-2020-lans-koperal-nurul-suhada-dan-rakan-sepasukan-selamat-tiba-di-klia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:31 MYT
Sepang, 5 September 2021- Atlet para berbasikal Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lans Koperal Nurul Suhada Zainal bersama rakan sepasukan yang berjuang dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020, selamat tiba di tanah air, semalam.

Kepulangan beliau bersama pasangan berbasikalnya yang juga atlet paralimpik kebangsaan, Cik Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur telah disambut oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Dato' Ahmad Shapawi Ismail dan para pegawai dari Majlis Sukan PDRM diketuai ASP Norhastinarahayu Mohd Hashim.

Sewaktu di Tokyo, Jepun, Lans Koperal Nurul Suhada dan Cik Nur Azlia Syafinaz telah mengambil bahagian dalam dua acara yang dipertandingkan iaitu kategori "Women Tandem" pada 26 Ogos lalu dan acara lebuhraya di Pergunungan Fuji (31 Ogos 2021). Walaupun tidak meraih pingat seperti disasarkan, namun kedua-dua atlet kebanggaan negara itu mampu memperbaiki catatan masa kayuhan yang lebih baik dari sebelumnya.

Buat Lans Koperal Nurul Suhada, terima kasih atas kayuhan anda yang telah meletakkan nama Malaysia, khasnya nama PDRM di puncak dunia. Terima kasih jua buat #TeamMalaysia kerana telah berusaha sebaik mungkin #DemiMalaysia tercinta. Anda tetap wira dan wirawati kebanggaan kami! ❤🇲🇾

ArticlePublished 05 Sep 2021 1.51 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM