
Artikel
Posting Pilihan Panduan Memandu Selamat Ketika Musim Banjir
Musim hujan yang sedang melanda meningkatkan risiko berlakunya banjir. Pemanduan dalam keadaan banjir boleh mendatangkan bahaya kerana air boleh merosakkan enj...
Musim hujan yang sedang melanda meningkatkan risiko berlakunya banjir. Pemanduan dalam keadaan banjir boleh mendatangkan bahaya kerana air boleh merosakkan enjin, menjejaskan sistem brek, malah mengancam keselamatan nyawa. Oleh itu, elakkan memandu meredah kawasan yang dinaiki air dan sentiasa patuhi arahan semasa bagi mengurangkan risiko kemalangan.
Selain itu, pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan baik dan diselenggara dengan sempurna sebelum memulakan perjalanan. Simpan nombor kecemasan dalam telefon untuk tindakan segera sekiranya berlaku perkara tidak diingini. Utamakan keselamatan berbanding kelajuan dan pandulah dengan berhati-hati supaya diri anda, keluarga serta penumpang lain sentiasa selamat.