
Article
Posting Pilihan Op Tiris 4 0 Bersepadu Penguatkuasaan Menyeluruh Bekalan Terjamin
Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh tindakan penguatkuasaan melalui pelaksanaan Op Tiris 4.0 (Bersepadu) bermula 16 Mac 2026 sebagai respons strat...
Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh tindakan penguatkuasaan melalui pelaksanaan Op Tiris 4.0 (Bersepadu) bermula 16 Mac 2026 sebagai respons strategik terhadap risiko ketirisan dan penyeludupan susulan krisis tenaga global.
Pelaksanaan bersepadu ini melibatkan kerjasama erat antara KDN dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup bagi memastikan kawalan menyeluruh dari sempadan hingga ke rantaian bekalan, sekali gus menjamin kestabilan bekalan serta melindungi kepentingan rakyat.
Polis Diraja Malaysia melalui Pasukan Gerakan Am memainkan peranan penting dalam melaksanakan kawalan perimeter dan rondaan taktikal di kawasan berisiko termasuk laluan haram, bagi mengekang aktiviti penyeludupan serta ketirisan.
Pendekatan sinergi rentas agensi ini membuktikan komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan keselamatan negara, kestabilan bekalan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara secara menyeluruh.