Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Op Selamat 24 Pengarah Jspt Adakan Lawatan Kerja Ke Ipd Kulai

Diterbitkan: 04 Apr 2025 10.12 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.06 PM
Kulai, 4 April 2025 - Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri telah mengadakan lawatan kerja ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai, di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-op-selamat-24-pengarah-jspt-adakan-lawatan-kerja-ke-ipd-kulai
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:30 MYT
Kulai, 4 April 2025 - Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri telah mengadakan lawatan kerja ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai, di sini, semalam.
Lawatan diadakan bertujuan menjalankan pemantauan sempena penugasan musim perayaan Aidilfitri, di samping mengingatkan warga BSPT agar melaksanakan tugas dengan telus dan berintegriti.
Dato' Sri Mohd Yusri juga mengingatkan agar anggota di lapangan agar sentiasa menjaga kekemasan dan keterampilan diri ketika berhadapan dengan orang awam serta memberikan perkhidmatan yang terbaik.
Turut hadir, barisan Ketua Penolong Pengarah JSPT Bukit Aman, Ketua Polis Daerah Kulai, ACP Tan Seng Lee serta Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Johor, Superintenden Heffyear William Awet.
ArtikelDiterbitkan 04 Apr 2025 10.12 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.06 PM