
Artikel
Posting Pilihan Naib Pengerusi Perkep Malaysia Hadir Ceramah Perdana Wanita Anugerah Terindah
Shah Alam, 6 September 2023 - Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, SAC Datin Seri Dato’ Zalena Mohd Ariffin hadir ke Program Ceramah Perd...
Shah Alam, 6 September 2023 - Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, SAC Datin Seri Dato’ Zalena Mohd Ariffin hadir ke Program Ceramah Perdana ‘Wanita Anugerah Terindah’ di Dewan D’Cerana, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, malam tadi.
Turut hadir mengiringi Datin Seri Dato’ Zalena adalah Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) merangkap Penaung PUSPANITA Negeri Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad serta Pengerusi PUSPANITA Negeri Selangor, Datin Padiah Safian.
Program telah dimulakan dengan solat fardhu Maghrib berjemaah di Surau Khalid Al-Walid dan diteruskan dengan ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Ustaz Syamsul Debat.
Hadir sama, Ketua Polis (KP) Selangor, CP Dato' Hussien Omar Khan dan isteri merangkap Pengerusi PERKEP Selangor, Datin Liliyana Haryanti Dato' Mohd Harunizam, Timbalan KP Selangor merangkap Naib Pengerusi PERKEP Selangor, DCP Dato’ Sasikala Devi Subramaniam, barisan Ketua Jabatan dan Ketua Polis Daerah Kontinjen Selangor, para pegawai kanan serta ahli-ahli PERKEP.
Sumber: Polis Selangor