Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Naib Pengerusi Perkep Malaysia Hadir Ceramah Perdana Wanita Anugerah Terindah

Diterbitkan: 06 Sep 2023 1.45 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Shah Alam, 6 September 2023 - Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, SAC Datin Seri Dato’ Zalena Mohd Ariffin hadir ke Program Ceramah Perdana ‘Wanita Anugerah Terindah’ di Dewan D’Cerana, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-naib-pengerusi-perkep-malaysia-hadir-ceramah-perdana-wanita-anugerah-terindah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:24 MYT
Shah Alam, 6 September 2023 - Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, SAC Datin Seri Dato’ Zalena Mohd Ariffin hadir ke Program Ceramah Perdana ‘Wanita Anugerah Terindah’ di Dewan D’Cerana, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, malam tadi.

Program anjuran PERKEP Selangor dengan kerjasama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard serta Surau Khalid Al-Walid, IPK Selangor itu diadakan sempena ulang tahun Hari PERKEP ke-55.

Turut hadir mengiringi Datin Seri Dato’ Zalena adalah Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) merangkap Penaung PUSPANITA Negeri Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad serta Pengerusi PUSPANITA Negeri Selangor, Datin Padiah Safian.

Program telah dimulakan dengan solat fardhu Maghrib berjemaah di Surau Khalid Al-Walid dan diteruskan dengan ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Ustaz Syamsul Debat.

Hadir sama, Ketua Polis (KP) Selangor, CP Dato' Hussien Omar Khan dan isteri merangkap Pengerusi PERKEP Selangor, Datin Liliyana Haryanti Dato' Mohd Harunizam, Timbalan KP Selangor merangkap Naib Pengerusi PERKEP Selangor, DCP Dato’ Sasikala Devi Subramaniam, barisan Ketua Jabatan dan Ketua Polis Daerah Kontinjen Selangor, para pegawai kanan serta ahli-ahli PERKEP.


May be an image of 7 people, dais and text

May be an image of 4 people, headscarf, dais and text

May be an image of 5 people and dais

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of 5 people, headscarf and dais

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of 1 person, headscarf, dais and text

May be an image of 1 person

May be an image of 1 person, car and headscarf

May be an image of 6 people and headscarf

May be an image of 4 people, headscarf and dais

May be an image of 11 people and headscarf
ArtikelDiterbitkan 06 Sep 2023 1.45 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM